Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPerumahan Kerajaan


  1. Saya baru melapor diri untuk bertugas di salah sebuah jabatan kerajaan, bolehkah saya memohon rumah kerajaan?

    Jawapan:
    Pegawai kerajaan boleh menghadapkan permohonan perumahan kerajaan setelah menerima lantikan dan melapor diri untuk bertugas.

    Bagi jabatan/kementerian yang mempunyai kawalan perumahan sendiri, permohonan diproses oleh ketua jabatan. Selainnya hendaklah dipanjangkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam.

    Syarat asas kelayakan peruntukan perumahan dibawah kawalan Jabatan Perkhidmatan Awam:
    i.   Pegawai lelaki dalam bahagian I, II, III dan IV;
    ii.  Pegawai wanita (bujang atau kahwin) bahagian II dan ke atas
    iii. Berjawatan tetap, percubaan dan berkontrak

    [Sumber: Bahagian Perkhidmatan Personel - JPA]



  2. Adakah saya masih berhak tinggal di pangsa kerajaan yang saya diami pada masa ini sedangkan isteri saya telah menyiapkan rumahnya dengan menggunakan pinjaman peribadi dari bank atau Skim Pinjaman Kewangan Kerajaan Untuk Membina Rumah Persendirian di Daerah yang sama?

    Jawapan:
    Pegawai masih berhak tinggal di pangsa kerajaan jika sekiranya isterinya mempunyai rumah sendiri yang dibina dengan menggunakan pinjaman peribadi dari bank.

    Sekiranya rumah yang dibina dibiayai dengan Skim Pinjaman Kewangan Kerajan dan dalam daerah yang sama, pegawai dikehendaki mengosongkan rumah berkenaan.

    [Sumber: Bahagian Perkhidmatan Personel - JPA]



  3. Rumah yang saya diami pada masa ini ialah rumah orang persendirian yang disewa oleh kerajaan, adalah saya boleh berpindah ke rumah lain memandangkan tuan punya rumah enggan memperbaiki kerosakan-kerosakan yang terdapat di rumah berkenaan?

    Jawapan:
    Setiap aduan kerosakan akan diteliti case by case. Jika perumahan kawalan Jabatan Perkhidmatan Awam, setiap aduan kerosakan hendaklah dihadapkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk dinilai pihak yang bertanggungjawab sama ada penghuni, kerajaan atau tuan punya rumah.

    Sekiranya kerosakan di atas $100.00 dan pembaikan dibawah tanggungjawab tuan punya rumah, tuan punya rumah dikehendaki membaiki dalam tempoh satu bulan dari tarikh surat Jabatan Perkhidmatan Awam ditandatangani. Jika gagal, Penghuni boleh disokong berpindah tertakluk kepada kekosongan.

    [Sumber: Bahagian Perkhidmatan Personel - JPA]



  4. Saya pada masa ini tinggal di sebuah rumah yang disewa oleh Kerajaan, apakah hak-hak saya dan tuan punya rumah dari segi pemeliharaan rumah berkenaan?

    Jawapan:
    Pemeliharaan rumah yang disewa adalah tanggungjawab bersama antara penghuni dan tuan punya rumah. Penghuni hendaklah menjaga dan memelihara rumah tersebut seolah-olah miliknya sendiri. Tuan punya rumah hendaklah memastikan setiap aduan kerosakan dibawah tanggunjawabnya, diambil tindakan.

    Amalan yang digunapakai, kerosakan yang bernilai kurang dari $100.00 adalah tanggungjawab penghuni.

    Jabatan Perkhidmatan Awam sentiasa memastikan keselesaan, kesejahteraan, keselamatan dan pemeliharaan penghuni rumah sewa.
    [Sumber: Bahagian Perkhidmatan Personel - JPA]



  5. Saya mempunyai se buah rumah yang saya bina melalui Skim Pinjaman Kewangan Kerajaan Untuk Membina Rumah Sendiri, bolehkah saya menyewakan rumah ini kepada kerajaan dan bagaimanakah caranya?

    Jawapan:
    Tujuan asal Skim Pinjaman Kewangan Kerajaan Untuk Membina Rumah Sendiri adalah untuk pegawai berkenaan mendiami rumah tersebut. Bagaimanapun, pegawai boleh menghadapkan permohonan menyewakan rumah berkenaan kepada kerajaan tertakluk kepada keperluan Kerajaan.

    Pegawai boleh mendapatkan borang untuk menyewakan perumahan dimana-mana Kementerian/Jabatan yang dimaksudkan dengan melengkapkan butir dan dokumen yang diperlukan.

    [Sumber: Bahagian Perkhidmatan Personel - JPA]