Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKaunseling
Power by IT & E-Government,
Prime Minister's Office

Soalan-Soalan Lazim​
Risalah​


 

​Hubungi Kami
Tel: 245 7563​
Fax : 2457561
e-mel:
 


 MAKLUMAT

Jenis-Jenis Perkhidmatan

Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan boleh mendapatkan khidmat seperti berikut:

  • Khidmat kaunseling kepada pegawai dan kakitangan dibawahnya (Kelompok dan Individu)
  • Mencalonkan pegawai dan kakitangan mer​​eka untuk diserapkan kedalam program-program BPK seperti Al-Insyirah, Rakan Musaaid, Dokongan dan Kem Kepimpinan Alamiah (KEKAL).

  • Program-Program takli​​mat dan Motivasi yang boleh direka khusus menurut permintaan yang dihadapkan (tertakluk kepada keterserdiaan BPK)

**Tatacara merujuk mana-mana pegawai atau kakitangan kepada BPK:
Menghadapkan Surat/Memorandum kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, U.P. Bahagian Perkhidmatan Kaunseling, dengan menyertakan nama, jawatan serta menyatakan sebab-sebab mereka dirujuk/apa yang diperlukan daripada pihak BPK.

 

Individu (Penjawat Awam):

  • Kaunseling Individu dan Kelompok.

**Tatacara merujuk mendapatkan khidmat BPK:
Menghubungi pihak BPK melalui talian 2457563 bagi mendapatkan tarikh temujanji.


Maklumat Tambahan
Program-program tahunan Bahagian Perkhidmatan Kaunseling :

Program Al-Insyirah

  • Program ini dikhususkan, buat masa ini, untuk klien-klien yang dirujuk ke Bahagian Perkhidmatan Kaunseling dimana kes mereka telah selesai ditangani oleh pihak Bahagian Perkhidmatan Kaunseling. Program ini dimuatkan dengan taklimat-taklimat dan aktiviti-aktiviti yang diharapkan akan menaikkan lagi semangat para peserta agar lebih bermotivasi kearah pekerjaannya.

 

Program Rakan Musaaid

  • Pemilihan peserta bagi program ini adalah melalui kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan, yang mana mereka yang memiliki prestasi ditahap sangat baik atau cemerlang. Peserta akan diberikan pendekatan dan latihan yang akan melengkapkan para peserta dengan kemahiran asas kaunselingbagi memudahkan mereka untuk mendekati dan berinteraksi dengan pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan memerlukan.

 

Program Kem Kepimpinan Alamiah (KEKAL)

  • Bertujuan untuk memupuk lagi semangat dan upaya kepimpinan dikalangan warga perkhidmatan awam yang diamanahkan dengan tugasan memantau orang bawahannya. Antaranya penyelia pejabat, penolong pentadbir, guru besar dan mana jawatan yang mrangkumi tunjak kepimpinan.

 

Program Dokongan

  • Ianya adalah inisiatif Bahagian Perkhidmatan Kaunseling bagi memperkenalkan perkhidmatan kaunseling di dalam perkhidmatan awam secara proaktif. Program ini dilaksanakan melalui taklimat tentang fungsi perkhidmatan kaunseling di dalam membantu mempertingkatkan kerjaya pegawai dan kakitangan warga perkhidmatan awam. Melalui kaedah ini semua warga perkhidmatan awam akan dapat memahami usaha-usaha Bahagian Perkhidmatan Kaunseling dalam mempertingkatkan lagi mutu serta pencapaian individu.  ​