Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPersaraan
Power by IT & E-Government,
Prime Minister's Office


​Hubungi Kami
​Tel : 238 2469
Fax: 238 3013 / 238 1387  
e-mel : info.psd@psd.gov.bn


 

MAKLUMAT

Surat Pemberitahuan Jabatan Perkhidmatan Awam Bil: 12/2015 Penggunaan GEMS dan Urusan-Urusan Perkiraan Dan Pengesahan Cuti Tahunan “Online”

Bersara Daripada Perkhidmatan Awam
  • Berpandukan Akta Pencen-pencen 1957 (Penggal 38 – Edisi Baru 1984, Undang-Undang Negara Brunei Darussalam), tempoh perkhidmatan warga perkhidmatan awam ialah sehingga usia 55 tahun. Ini bermakna pada tarikh ulang tahun kelahiran ke-55 merupakan tarikh bersara secara mandatori (bersara wajib) daripada perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
  • Warga perkhidmatan awam yang bersara wajib akan diperuntukkan kemudahan pencen atau pencen yang dikurangkan jumlahnya dan baksis, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
  1. Terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan penduduk tetap;
  2. Dalam Jawatan Tetap dan berpencen;
  3. Berkhidmat tidak kurang daripada 10 tahun;
  4. Lantikan bermula sebelum 01 Januari 1993;
  5. Sudah ditetapkan dalam jawatan pertamanya; dan
  6. Usia 55 tahun;

[Nota : Warga perkhidmatan awam yang berkhidmat pada dan selepas 01 Januari 1993 ke Jawatan Tetap adalah di bawah Peraturan Tabung Amanah Pekerja (TAP)]


Pencen dan Baksis

  • Pencen merupakan sejumlah kewangan yang diperuntukkan setiap bulan bagi 15 tahun (ii) selepas bersara, sementara baksis sekali sahaja. Warga perkhidmatan awam yang berkelayakan menerima pencen diberi pilihan mendapat kemudahan sama ada:
  • Pencen; atau,
  • Pencen yang dikurangkan jumlahnya dan baksis
  • Warga perkhidmatan awam yang tidak berpencen akan diperuntukkan baksis tertakluk kepada syarat pemberian baksis.


Perkiraan Pencen dan Baksis

Pencen
Pencen bulanan (iii) = [Jumlah perkhidmatan (bulan) (iv) x Gaji Akhir] / 480 = $ A setiap bulan

Pencen yang dikurangkan jumlahnya dan Baksis:

  1. Pencen = ¾ x $A

  2. Baksis = ¼ x $A x 15 x 12 = $ C


Pencen Turunan

Dikhususkan kepada warga perkhidmatan awam yang meninggal dunia semasa:

  • Dalam perkhidmatan;
  • Dalam tempoh 15 tahun atau ke bawah selepas bersara

Pencen Turunan diperuntukkan kepada waris-waris warga perkhidmatan awam berkenaan.

Waris adalah tanggungjawab untuk menghadapkan salinan Sijil mati (Death Certificate) kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam melalui Ketua Jabatan di tempat warga perkhidmatan awam berkenaan terakhir berkhidmat.

Bersara Awal

Warga perkhidmatan awam boleh menghadapkan permohonan untuk bersara awal dengan syarat berikut:

  • Berusia minimum 50 tahun bagi pegawai lelaki; atau
  • Berusia minimum 45 tahun bagi pegawai perempuan

Permohonan tertakluk kepada kebenaran Kerajaan. Kemudahan pencen atau pencen yang dikurangkan jumlahnya dan baksis adalah tertakluk kepada syarat berikut:

  • Terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan penduduk tetap;
  • Dalam Jawatan Tetap dan berpencen;
  • Berkhidmat tidak kurang daripada 10 tahun;
  • Lantikan bermula sebelum 01 Januari 1993 (i)
  • Sudah ditetapkan dalam jawatan pertamanya

[Nota ; Warga perkhidmatan awam yang berkhidmat pada dan selepas 01 Januari 1993 ke Jawatan Tetap adalah di bawah Peraturan Tabung Amanah Pekerja (TAP)]

Permohonan hendaklah dihadapkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam melalui Jabatan masing – masing.


Menamatkan Perkhidmatan

Warga perkhidmatan awam boleh menghadapkan permohonan untuk menamatkan perkhidmatan dengan syarat-syarat berikut:

  • Bersedia untuk menjelaskan semua hutang piutang dengan Kerajaan termasuk ikatjanji dengan Kerajaan yang tidak dipatuhi, jika berkenaan; dan
  • Tidak dikenakan tindakan tatatertib

Permohonan hendaklah dihadapkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam melalui Ketua Jabatan masing- masing.


Peranan Jabatan Perkhidmatan Awam

Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Bahagian Perkhidmatan Personel adalah bertanggungjawab memproses urusan bersara wajib, bersara awal dan menamatkan perkhidmatan.

Jabatan Perkhidmatan Awam juga bertanggungjawab mengeluarkan Sijil Persaraan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Nota:

  1. Bagi warga perkhidmatan awam yang dilantik pada dan selepas 1 Januari 1993, faedah persaraan adalah mengikut Tabung Amanah Pekerja (TAP), kecuali anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Polis Diraja Brunei

  2. Selepas 15 tahun, pencen bulanan akan diteruskan pembayarannya mengikut kadar yang dinyatakan di bawah nota kaki (iii) dengan syarat pesara masih hidup

  3. Bagi yang memilih pencen yang dikurangkan jumlahnya dan baksis, kadar pencen yang diterima selepas 15 tahun bersara adalah sama seperti dengan yang memilih pencen iaitu $A setiap bulan

  4. Bagi yang berkhidmat lebih daripada 30 tahun, perkiraan diambil kira sebagai 360 bulan sahaja (30 x 12)


Alamat Perhubungan:

Bahagian Perkhidmatan Personel,

Jabatan Perkhidmatan Awam, Tingkat 5, 

Simpang 156, Jalan Kumbang Pasang

Bandar Seri Begawan, BA 1311

Negara Brunei Darussalam


Tel: 238 2469
Fax: 238 3013 / 238 1387
e-mel :
info.psd@psd.gov.bn