Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPerkhidmatan


  1. Saya mempunyai hak cuti yang banyak kerena dalam perkhidmatan saya adalah amat sukar untuk saya mendapatkan cuti, adakah saya boleh menjual cuti-cuti ini kepada pihak Kerajaan?


    Jawapan:
    Pada masa ini tidak ada peraturan kerajaan mengenai jual-beli baki cuti yang tidak diambil
    [Sumber: Bahagian Perkhidmatan Personel - JPA]



  2. Anak saya akan dihantar ke luar negeri bagi menjalani rawatan perubatan selama 8 minggu dan saya sebagai penjaga tunggalnya terpaksa menamaninya selama tempoh rawatan itu. Baki hak cuti saya pada masa ini hanya tinggal 1 minggu sedangkan hak cuti tahunan saya adalah hanya 29 hari. Bolahkah saya meminjam cuti bagi membolehkan saya menamani anak saya selama tempoh perubatan itu?



    Jawapan:
    Menurut Surat Keliling JPM 4/ 1998 mengenai Cuti Tidak Bergaji dan Cuti Pendahuluan Perenggan b(6), pegawai yang menemani pesakit yang perbelanjaannya dibiayai oleh kerajaan, dibenarkan untuk mengambil cuti pendahuluan bagi tempoh tidak lebih dari kelayakan 12 bulan perkhidmatan, jika hak cutinya telah habis.

    Sekiranya cuti- tambahan masih diperlukan, pegawai boleh diberikan cuti tidak bergaji.

    Bagaimanapun jika timbul sesuatu keadaan yang membatalkan kelayakan cuti tahunan, cuti secara pendahuluan yang dibenarkan itu akan dikira cuti tidak bergaji.
    [Sumber: Bahagian Perkhidmatan Personel - JPA]



  3. Tidak lama lagi saya akan memulakan cuti sebelum bersara, adakah saya boleh mengambil cuti sebelum ini.



    Jawapan:
    Pegawai boleh mengambil cuti lagi, jika ada keperluan, selepas perkiraan cuti sebelum bersara (terminal leave) dimaklumkan kepada Ketua Jabatan.
    Bagaimanapun tarikh memulakan terminal leave akan beranjak mengikut jumlah cuti diambil.
    [Sumber: Bahagian Perkhidmatan Personel - JPA]



  4. Saya telah diarahkan untuk memangku jawatan yang lebih tinggi, bolehkah seorang pegawai lain diaturkan memangku jawatan saya semasa dalam tempoh berkenaan dan seterusnya pegawai lain lagi untuk memangku jawatan pegawai yang memangku jawatan saya?



    Jawapan:
    Lantikan memangku hanya dibenarkan pada peringkat 2 talian sahaja, umpamanya apabila jawatan A kosong, pegawai B dibenarkan memangku jawatan A. Pegawai C pula dibenarkan memangku jawatan pegawai B di samping melaksanakan tugasnya (Pegawai C).
    (Sumber: Bahagian Keanggotaan dan Pentadbiran Latihan)



  5. Saya seorang pekerja dalam perkhidmatan sebulan ke sebulan, adakah saya boleh memangku/menjalankan tugas jawatan yang kosong di Jabatan saya?



    Jawapan:
    Mengikut Surat Keliling SUK 9/1981, awda tidak dikecualikan dari memangku/menjalankan tugas jawatan yang kosong di Jabatan awda.
    (Sumber: Bahagian Keanggotaan dan Pentadbiran Latihan)



  6. Saya baru memulakan perkhidmatan sebagai pegawai kerajaan, saya memerhatikan berbagai corak pakaian yang digunakan oleh pegawai kerajaan; ada pegawai lelaki memakai tie, baju MIB dan baju kebangsaan melayu; semantara itu ada juga pegawai wanita yang berbaju kurung, kebaya, seluar & blouse, skirt & blouse dan tidak memakai tudung kepala. Apakah jenis pakaian yang dibenarkan? Adakah perbezaan pakaian dibenarkan bagi pegawai yang bukan beragama islam?



    Jawapan:
    Peraturan pakaian bekerja rasmi bagi pegawai dan kakitangan kerajan adalah seperti yang dikeluarkan melalui Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bilangan 8/1996 bertarikh 15 April 1996 yang menetapkan seperti berikut:
    i.   Pegawai lalaki hendaklah berpakaian kemas dan sopan iaitu:
    ii.  Berseluar panjang, berbaju kemeja panjang (bertali leher bagi pegawai dalam Bahagian III ke atas), atau
    iii. Berseluar panjang dan berbaju kemeja ala baju cara melayu, atau
    iv. Pakaian cara Melayu yang lengkap;
    v.  Pegawai-pegawai dan kakitangan wanita hendaklah berpakaian kemas dan sopan iaitu pakaian yang menutup aurat;
    vi. Pakaian yang bersesuaian bolehlah dipakai semasa bertugas atau membuat lawatan di luar pejabat; dan
    vii. Pegawai-pegawai dan kakitangan yang berpakaian seragam dan pelayan-pelayan pejabat adalah tidak terlibat dalam peraturan ini.
    [Sumber: Bahagian Pembangunan dan Pengurusan – JPA)



  7. Saya amat tertarik dengan kursus Middle Management (DPGMMO) dan Executive Development Programme (EDPSGO) yang dianjurkan oleh JPA dan UBD. Apakah syarat-syarat kemasukan program-program ini dan bagaimanakah cara untuk saya menyertainya?



    Jawapan:
    Kursus Development Programme for Government Middle Management Officers (DPGMMO) adalah dikhususkan kepada pegawai-pegawai yang sedang/akan menjawat jawatan Timbalan/Penolong Ketua Jabatan iaitu bagi pegawai-pegawai yang telah menjawat jawatan dalam tanggagaji B3 tidak kurang daripada 5 tahun; pegawai-pegawai Perkhidmatan Pentadbiran (BAS) yang telah menjawat tanggagaji B3 selama tidak kurang 4 tahun ataupun pegawai-pegawai yang memangku jawatan untuk ditetapkan dalam jawatan dalam tanggagaji Kumpulan 2 atau Kumpulan 3. Sementara itu bagi kursus Executive Development Programme for Senior Government Officers (EDPSGO) adalah dikhususkan kepada pegawai-pegawai kanan Kerajaan yang akan menjawat jawatan Ketua Jabatan dalam tanggagaji Superscale C dan telah mencapai perkhidmatan tidak kurang daripada 3 tahun dalam tanggagaji Kumpulan 2 atau yang disokong memangku untuk mengisikan jawatan Ketua Jabatan dalam tanggagaji Superscale C.

    Memandangkan peserta-peserta yang akan mengikuti program ini adalah terhad maka penyertaan program ini adalah melalui pemilihan daripada Jawatankuasa di Jabatan Perkhidmatan Awam. Walaubagaimanapun, Setaiusaha-Setiausaha Tetap / Ketua-Ketua Jabatan bolehlah mencalonkan pegawai-pegawai yang difikirkan bersesuaian untuk mengikuti program ini mengikut garispanduan penelitian di atas.
    [Sumber: Bahagian Pembangunan dan Pengurusan – JPA)



  8. Saya telahpun dinaikkan pangkat dalam tanggagaji B.2 EB.3. Oleh kerana gaji saya semasa dinaikkan pangkat adalah lebih rendah berbanding dengan gaji yang terima pada masa ini. Bagaimanakah cara untuk memohon penyelarasan gaji?



    Jawapan:
    Awda bolehlah memaklumkan melalui Ketua Jabatan berserta dengan surat permohonan dan dihadapkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam untuk dipertimbangkan selanjutnya ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
    (Sumber: Bahagian Keanggotaan dan Pentadbiran Latihan)



  9. Saya telah diambil berkhidmat semula selepas bersara secara sebulan ke sebulan dengan mengunakan peruntukan `Established Post'. Adakah saya menerima kenaikan gaji tahunan?



    Jawapan:
    Awda berhak menerima kenaikan gaji tahunan oleh kerana peruntukkan yang disokong mengunakan peruntukkan `Established Post'.
    (Sumber: Bahagian Keanggotaan dan Pentadbiran Latihan)



  10. Saya akan bersara wajib setelah mencapai umur 55 tahun. Bagaimanakah caranya untuk memohon bagi berkhidmat semula selepas bersara?



    Jawapan:
    Awda bolehlah memohon secara menulis surat melalui Ketua Jabatan dan menghadapkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam mengkiut keperluan dan peruntukkan dengan menyertakan borang-borang tertentu.
    [Sumber: Bahagian Keanggotaan dan Perkhidmatan Latihan)