Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksLampiran 1


TAKRIF

  1. Perenggan awal
    Kekosongan jawatan bermakna jawatan-jawatan yang belum diisikan.

    Ketiadaan sementara pemegangnya bermakna ketiadaan pemegangnya oleh sebab-sebab bercuti, keluar negeri kerana tugas, menghadiri latihan dalam atau luar negeri dan seumpamanya.

  2. Perenggan 1.1
    Jawatan-jawatan lantikan berperlembagaan adalah seperti berikut:
    (a) Peguam Negara;
    (b) Juruaudit Agung;
    (c) Pengurusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam; dan
    (d) Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat.

  3. Perenggan 1.2
    Bagi tempoh lantikan memangku 10 hari atau kurang, sila rujuk perenggan 6.3.

  4. Perenggan 2.1
    Pegawai yang disokong adalah pegawai yang paling Iayak dan sesuai dari bahagian atau unit yang sama. Walau bagaimanapun sekiranya tidak ada pegawai yang layak dan sesuai dari bahagian atau unit yang sama maka pegawai dari bahagian atau unit yang lain yang difikirkan layak dan sesuai bolehlah dilantik.

  5. Perenggan 2.2
    Jawatan-jawatan tertentu yang memerlukan kelayakan profesional atau teknikal adalah semua jawatan yang berupa kejuruteraan, keukuran, perundangan, perubatan, kesihatan dan jawatan-jawatan yang tertentu dimana ianya memerlukan kepakaran dan kelulusan dalam bidang-bidang berkenaan. Walau bagaimanapun bagi jawatan-jawatan di peringkat Pengarah, Timbalan dan Penolong Pengarah yang menumpukan kepada pengurusan dan pentadbiran dasar, walaupun ianya diisikan oleh seorang yang mempunyai kelulusan profesional atau teknikal, ianya boleh dipangku oleh mana-mana pegawai lain yang layak dan bersesuaian.

  6. Perenggan 2.4
    Penolong Pentadbir memangku Pegawai Pentadbir Tingkatan I, Penolong Pegawai Kewangan Tingkat I memangku Pegawai Kewangan, Penolong Juruaudit Tingkat I memangku Juruaudit (mengikut aliran kerjaya jawatan¬jawatan berkaitan).

  7. Perenggan 2.5
    Pegawai-pegawai yang memegang jawatan Pakar adalah juga termasuk pegawai¬-pegawai lain yang mempunyai kelulusan/kelayakan Pakar yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

  8. Perenggan 2.10
    Ketiadaan pemangku jawatan berterusan bermakna ketiadaan pegawai disebabkan bercuti, keluar negeri kerana tugas, menghadiri latihan dalam atau luar negeri.

  9. Perenggan 4.1
    Contoh:
    Bagi pegawai yanq memanqku 2 jawatan:
    i. Seorang Pegawai Projek B2 EB3 yang menerima gaji pokok sebanyak $3,300.00 sebulan dibenarkan memangku jawatan Pegawai Projek Kanan B.3 secara berterusan bagi menilai kesesuaian beliau untuk ditetapkan dalam jawatan tersebut dan dalam masa yang sama memangku jawatan Penolong Pengarah Kumpulan 2 yang menjalani cuti mandatori selama 14 hari mulai dari 01 September hingga 14 September di samping tugas-tugas beliau yang biasa, dibayar seperti berikut:

    Perkiraan memangku bagi bulan September:
    • Tempoh diantara 1 September hingga 14 September:
      : Memangku Penolong Pengarah
      : 1/3 x $5,400.00 x 14 hari + 30 hari = $840.00


    • Tempoh diantara 15 September hingga 30 September:
      : Memangku Pegawai Projek Kanan
      : *1/5 x $3,880.00 x 16 hari + 30 hari = $413.87

    • Jumlah elaun = $840.00 + $413.87 = $1253.87


    *Nota:

    Kelaziman pengiraan memangku secara berterusan, pengiraan elaun ditakrifkan seperti seorang pegawai tidak dikehendaki untuk menjalankan tugas-tugas jawatannya sendiri.


    ii. Seorang Penolong Pegawai Projek C2-3 EB4 yang menerima gaji pokok sebanyak $2,050.00 sebulan dibenarkan memangku jawatan Pegawai Projek B.2 EB3 secara berterusan bagi menilai kesesuaian beliau untuk ditetapkan dalam jawatan tersebut dan dalam masa yang sama memangku Pegawai Ekonomi B.2 EB3 yang menjalani cuti mandatori selama 14 hari mulai dari 01 September hingga 14 September di samping tugas-tugas beliau yang biasa, dibayar seperti berikut:


    Perkiraan memangku bagi bulan September:

    • Tempoh diantara 1 September hingga 14 September:
      : Memangku Pegawai Ekonomi
      : 1/3 x $2,270.00 x 14 hari + 30 hari = $353.11

    • Tempoh diantara 15 September hingga 30 September:
      : Memangku Pegawai Projek
      : 1/5 x $2,270.00 x 16 hari + 30 hari = $242.13

      Jumlah elaun = $353.11 + $242.13 = $595.24


    Bagi pegawai yang memangku 1 jawatan:
    i. Seorang Timbalan Pengarah Kumpulan 2 yang menerima gaji pokok sebanyak $5,610.00 sebulan dibenarkan memangku jawatan Pengarah Superscale C yang bertugas di luar negeri selama 20 hari mulai 6 Ogos hingga 25 Ogos di samping tugas-tugas beliau yang biasa, dibayar seperti berikut:

    • 1/3 x $6,800.00 x 20 hari + 31 hari = $1,462.37


    ii. Seorang Pegawai Kakitangan B.2 EB3 yang menerirna gaji pokok sebanyak $2,810.00 dibenarkan memangku jawatan Pegawai Kakitangan Kanan B.3 siapa yang bertugas di luar negeri selama 20 hari mulai 06 Ogos hingga 25 Ogos di samping tugas-tugas beliau biasa, dibayar seperti berikut:

    • 1/3 x $3,880.00 x 20 hari + 31 hari = $834.41


  10. Perenggan 4.2
    Contoh:
    i. Seorang Ketua Pengarah Superscale Special yang menerirna gaji pokok sebanyak $11,000.00 sebulan dibenarkan memangku jawatan Setiausaha Tetap secara berterusan bagi menilai kesesuaian beliau untuk ditetapkan dalam jawatan dengan tidak dikehendaki untuk menjalankan tugas-tugas beliau yang biasa, dibayar seperti berikut:
    1/5 x $18,000.00 = $3,600.00 sebulan

    ii. Seorang Pegawai Kakitangan B.2 EB3 yang menerima gaji pokok sebanyak $2,810.00 dibenarkan memangku jawatan Pegawai Kakitangan Kanan B.3 siapa yang bertugas di luar negeri selama 20 hari mulai 06 Ogos hingga 25 Ogos dengan tidak dikehendaki menjalankan tugas-tugas beliau yang biasa, dibayar seperti berikut:
    1/5 x $3,880.00 x 20 hari + 31 hari = $500.65

  11. Perenggan 4.3
    a. Gaji permulaan adalah gaji pokok yang terendah bagi sesuatu sukatan tanggagaji.

    b. Walau bagaimanapun jika sesuatu jawatan mempunyai dua tanggagaji umpamanya Setiausaha Sulit BW1 atau BW2, gaji permulaan yang digunakan adalah gaji permulaan bagi tanggagaji yang diisikan oleh pegawai tersebut. Bagi lantikan memangku Setiausaha Tetap, gaji permulaan yang digunakan adalah sukatan tanggagaji yang terendah bagi jawatan tersebut.

    c. Jika seorang pegawai yang memangku jawatan tersebut mempunyai sukatan tanggagaji yang lebih tinggi misalnya BW2, tetapi jawatan yang dipangku itu pemegangnya mempunyai tanggagaji BW1, ianya masih boleh dibayar elaun memangku dan dianggap bahawa jawatan itu adalah setaraf walaupun mempunyai tanggagaji yang lebih rendah daripada jawatannya.

    Contoh:
    Bagi pegawai yanq memangku 2 jawatan:

    i. Separuh dari gaji pokok yang diterima oleh Pegawai Projek B.2 EB3 ialah $1,650.00. Ini bermakna elaun memangku yang beliau terima iaitu $1253.87 adalah tidak sampai separuh daripada gaji pokok yang beliau terima.

    ii. Separuh daripada gaji pokok yang diterima oleh Penolong Pegawai Projek C.2-3 EB 4 ialah $1,025.00. Ini bermakna elaun memangku yang beliau terima iaitu $595.24 adalah tidak sampai separuh daripada gaji pokok yang beliau terima.

    Bagi pegawai yanq memangku 1 jawatan:

    i. Separuh daripada gaji pokok yang diterima oleh Penolong Pegawai Projek C.2-3 EB 4 ialah $1,405.00. Ini bermakna elaun memangku yang beliau terima iaitu $834.40 adalah tidak sampai separuh daripada gaji pokok yang beliau terima.

    ii. Separuh daripada gaji pokok yang diterima oleh Penolong Pegawai Projek C.2-3 EB 4 ialah $1,405.00 Ini bermakna elaun memangku yang beliau terima iaitu $500.65 adalah tidak sampai separuh daripada gaji pokok yang beliau terima.

  12. Perenggan 4.4
    Bagi contoh 4.1 yang memanqku 2 jawatan:

    Pegawai Projek B.2 EB3 yang dibenarkan memangku jawatan Pegawai Projek Kanan dan Penolong Pegawai Projek C.2-3 EB4 yang dibenarkan memangku jawatan Pegawai Projek secara berterusan telah ditetapkan dalam jawatan yang dipangkunya iaitu dinaikkan pangkat secara kebelakangan bermula 01 Mac 2007. Dari itu, semua elaun memangku yang beliau terima bermula 01 Mac tidak akan dikutip balik.

  13. Perenggan 5.1
    Jawatan Superscale C ke atas adalah terhad kepada jawatan yang diberikan kemudahan kenderaan seperti Pegawai-Pegawai Daerah dan bukannya kepada semua jawatan Superscale C.

  14. Perenggan 5.2

    Contoh:

    i. Seorang Penolong Pegawai Kakitangan C.3-4 EB5 yang dibenarkan memangku jawatan Pegawai Kakitangan B.2 EB3 secara beterusan bagi menilai kebolehan dan kesesuaian beliau untuk ditetapkan dalam jawatan tersebut tidak diberi keistimewaan-keistimewaan yang lazim diberikan kepada Pegawai Kakitangan B.2 EB3 seperti berikut:

    a. Pinjaman Pendahuluan untuk Membeli Kenderaan pada kadar $12,000.00;

    b. Pinjaman Perumahan mengikut pengiraan tanggagaji B.2 EB3;

    c. Rumah Sewa Kerajaan Kelas B; dan

    d. Segala elaun-elaun dan kemudahan pada kadar yang layak diterima oleh pegawai B.2 EB3.


    ii. Seorang Penolong Pengarah Kumpulan 2 dibenarkan memangku jawatan Pengarah Superscale C samaada secara berterusan atau secara sementara dan dibenarkan keluar negeri kerana tugas/urusan rasmi tidak diberi keistimewaan-keistimewaan yang lazim diberikan kepada Pengarah Superscale C yang dibenarkan keluar negeri kerana tugas/urusan rasmi seperti:

    a. Tambang kelas bisnes; dan

    b. Elaun sara hidup pada kadar yang lazim diterima oleh Pengarah Superscale C.


  15. Perenggan 6.4

    Pengiraan elaun memangku adalah bermula dari tarikh kebenaran bercuti atau tarikh keluar negeri kerana bertugas atas urusan rasmi pegawai-pegawai berkenaan yang dikira bermula pada hari bekerja.


    Contoh:

    Seorang Pengarah dibenarkan keluar negeri kerana bertugas atas urusan rasmi selama 4 hari bermula hari Jumaat hingga hari Isnin. Pegawai yang memangku jawatan beliau dibayar elaun memangku bermula hari Sabtu hingga hari Isnin secara berterusan termasuk hari Ahad.


  16. Perenggan 6.6

    Contoh:

    Seorang Penolong Pegawai Kakitangan C3-4 EB5 dibenarkan memangku jawatan Pegawai Kakitangan B.2 EB3 secara berterusan bagi menilai kesesuaian beliau untuk ditetapkan dalam jawatan tersebut dan dalam masa yang sama memangku Pegawai Kakitangan Kanan B.3, siapa yang menjalani cuti mandatori selama 15 hari dari 01 April hingga 15 April di samping tugas¬tugas beliau yang biasa.


    Pengiraan elaun bagi mernangku jawatan Pegawai Kakitangan B.2 EB3 pada 1 April hingga 15 April:

    • 1/5 x $2,270.00 x 15 hari + 30 hari = $227.00
    • Pengiraan elaun bagi memangku jawatan Pegawai Kakitangan Kanan B.3:
    • 1/3 x $3,880.00 x 15 hari + 30 hari = $646.67
    • Dari itu, beliau dibayar elaun memangku sebanyak $646.66.


  17. Perenggan 6.7

    Contoh:

    Pegawai yang memangku pemegang jawatan dalam tanggagaji Superscale B Khas Kepada Batang Tubuh akan dibayar berdasarkan gaji permulaan bagi tanggagaji Superscale C (tanggagaji sebenar jawatan yang dipegang oleh pegawai yang dipangku).