Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksAnugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam

 1.      Syarat-syarat Pencalonan


1.1    Umum


1.1.1   Anugerah ini dibukakan kepada semua pegawai dan kakitangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di dalam Perkhidmatan-perkhidmatan Berjawatan Tetap, Kontrak, Sebulan ke sebulan, Open-Vote dan Bergaji Hari iaitu khususnya bagi Bahagian iii, Bahagian iv dan Bahagian v. Setiap Kementerian hendaklah menghadapkan SATU (1) pencalonan Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam, samada lelaki atau perempuan dalam bahagian-bahagian yang dinyatakan.


1.1.2 Calon mestilah terdiri daripada rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam.


1.1.3 Calon mestilah telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam dan ditetapkan dalam jawatan masakini (dalam bahagian masing-masing) tidak kurang dari lima tahun.


1.1.4 Semua pencalonan hendaklah disahkan oleh Setiausaha Tetap dan Ketua Jabatan di Kementerian/ Jabatan warga yang dicalonkan.


1.1.5 Kakitangan yang dipinjamkan (secondment) kepada anak-anak syarikat kerajaan/syarikat/NGO’s adalah dibenarkan.


 

1.2    Tatatertib/Tapisan Keselamatan


1.2.1 Mana-mana Pegawai/Kakitangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah diambil tindakan tatatertib atau terlibat dengan kes jenayah tidak boleh dicalonkan untuk menyertai Anugerah ini sekurang-kurangnya tiga tahun dari tarikh tindakan sedemikian diambil.


1.2.2 Jika sekiranya seorang Pegawai didapati mempunyai kes tatatertib atau kes jenayah yang mana dikategorikan sebagai masih dalam penyiasatan, maka pegawai berkenaan tidak layak untuk menyertai Anugerah ini.


1.2.3 Setiap Kementerian yang menghadapkan pencalonan bagi Anugerah ini hendaklah memastikan setiap Pegawai/Kakitangan yang dicalonkan bersih dari segi tapisan keselamatan dan laporan tapisan berkenaan hendaklah disertakan bersama borang pencalonan.

 

2.      Ciri Penilaian dan Pemilihan, Ciri-ciri Utama dan Ciri Khusus


2.1    Penilaian dan Pemilihan


2.1.1 Dengan berpandukan kepada ciri-ciri penilaian dan pemilihan sepertimana yang terkandung dalam Borang Pemarkahan di Lampiran 4 dan Lampiran 5, Jawatankuasa Anugerah Perkerja Cemerlang Perkhidmatan Awam Peringkat Kementerian berkenaan akan menilai dan memilih Pegawai/Kakitangan yang terbaik bagi mewakili Kementerian berkenaan.


2.1.2 Dalam membuat penilaian dan pemilihan ke atas Pegawai/Kakitangan terbaik yang dihadapkan oleh Ketua Jabatan di bawah Kementerian berkenaan, Jawatankuasa Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam adalah diberi mandate untuk menerima atau menolak pencalonan berkenaan dan dibolehkan, jika perlu, meminta keterangan tambahan atau pendapat sebelum membuat keputusan muktamad.


2.1.3 Keputusan Jawatankuasa Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam Peringkat Kementerian dan Jawatankuasa Menilai Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam adalah muktamad.


2.2    Kriteria Penilaian dan Pemilihan


2.2.1 Kriteria/ciri yang akan digunakan dalam menilai dan memilih Pegawai/Kakitangan yang menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang akan ditumpukan kepada ciri-ciri penting yang dijadikan asas kepada prestasi kerjaPegawai/Kakitangan berkenaan termasuklah:


 Prestasi :

-       Cemerlang 2 tahun berturut-turut

-       Bersih dari tindakan tatatertib


Ciri-ciri Utama :

-       Personaliti – kejujuran, kebolehpercayaan, amanah, semangat berpasukan

-       Dedikasi – terhadap tugas, bersedia bekerja lebih tanpa mengira masa

-       Realibiliti – dipercayai dan komited

-       Disiplin – taat dan patuh pada arahan dan peraturan

-       Akauntabiliti – responsibility dan integrity


Ciri-ciri Tambahan :


-       Bakat – sumbangan kepada organisasi/ penonjolan yang luar biasa

-       Keterampilan – cara melayan pelanggan, keramahan

-       Kreativiti – inovasi/kualiti/kuantiti/kos efektif/pembaharuan/pembaikan

 

3.      Pencalonan dan Pemilihan Di Peringkat Kementerian


3.1  Setiap Kementerian hendaklah membentuk Jawatankuasa Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam Peringkat Kementerian masing-masing untuk menilai dan memilih Pegawai/Kakitangan yang telah dicalonkan oleh Ketua Jabatan berkenaan dan seterusnya memutuskan kelayakan Pegawai/Kakitangan berkenaan untuk diberikan Anugerah Perkerja Cemerlang Perkhidmatan Awam.


3.2  Pengerusi dan ahli-ahli Jawatankuasa tersebut akan dilantik oleh Setiausaha Tetap di Kementerian berkenaan. Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa ini adalah sepertimana di Lampiran 1. Manakala, reporting relationship bagi Anugerah ini adalah sepertimana di Lampiran 2.


3.3  Perlaksanaan Anugerah ini dipertanggungjawabkan kepada setiap Kementerian dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. Setiap Jabatan akan mencalonkan 3 orang Pegawai/Kakitangan masing-masing iaitu seorang dari Bahagian iii, seorang dari Bahagian iv dan seorang dari Bahagian v. Pencalonan tersebut akan dihadapkan kepada Urusetia Jawatankuasa Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam di Kementerian masing-masing.



4.      Peranan


4.1  Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab menilai dan mencalonkan tiga (3) Pegawai/ Kakitangan terbaik masing-masing dari Bahagian iii, iv dan v dan menghadapkannya kepada Urusetia Jawatankuasa APCPA Peringkat Kementerian


4.2  Jawatankuasa APCPA Peringkat Kementerian adalah bertanggungjawan menilai dan memutuskan penerima anugerah dan melapor kepada Jawatankuasa Menilai APCPA


4.3  Jawatankuada Menilai APCPA memantau perkembangan dan kemajuan perlaksanaan APCPA


Jawatankuasa APCPA Peringkat Kementerian dan Jawatankuasa Menilai APCPA adalah diberi mandate untuk menerima atau menolak pencalonan berkenaan dan dibolehkan, jika perlu, meminta keterangan tambahan atau pendapat sebelum membuat keputusan.