Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksAnugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam

Pengenalan

Program Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam (ACPA) adalah merupakan salah satu usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke arah mempertingkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan Pentadbiran Awam Negara Brunei Darussalam.

Selaras dengan matlamatnya, program ini juga merupakan penghargaan dan pengiktirafan yang diberikan khusus bagi Kementerian-Kementerian dan Jabatan– Jabatan Kerajaan yang berhasil melaksanakan usaha-usaha penambahbaikan dan pembaharuan dalam Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam.

Program ACPA yang di adakan setahun sekali sejak tahun 1993 ditukar kepada dua tahun ekali bermula dalam tahun 1998. Perubahan ini bagi member peluang kepada Kementerian—Kementerian dan Jabatan-Jabatan yang melaksanakan projek-projek pembaharuan dan penambahbaikan untuk mereka calonkan.

 

Objektif

  • Membantu Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam mencapai objektif bagi rancangan-rancangan pembaharuan pentadbiran dengan lebih berkesan.

  • Memberikan dorongan dan sebagai pengiktirafan rasmi kepada Pegawai-pegawai dan Kakitangan sama ada secara perseorangan ataupun berkumpulan/ berpasukan yang lebih memberikan sumbangan cemerlang untuk meningkatkan lagi prestasi, kualiti dan produktiviti organisasi masing-masing.

  • Menggalakkan persaingan yang sihat di antara Pegawai –pegawai dan Kakitangan dalam Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam ke arah memperbaiki dan mempertingkatkan lagi amalan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.

  • Mewujudkan kesedaran mengenai dengan prestasi , kualiti dan produktiviti di kalangan Pegawai dan Kakitangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Perlaksanaan program ACPA telah dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Perkhidmatan Pergurusan Jabatan Perdana Menteri.