Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation Links50 Facts (Fact 31-40)

3​1




​Fact #31

Terdapat tujuh (7) Peperiksaan Perkhidmatan Awam yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu Peperiksaan Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan, Peraturan-Peraturan Kewangan, Undang-Undang Am Negara Brunei Darussalam, Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, Melayu Islam Beraja, Perkhidmatan Kesetiausahaan dan Peperiksaan Kerani-Kerani Rendah (dengan kerjasama Kementerian Pendidikan).

Tujuan peperiksaan tersebut adalah untuk meningkatkan lagi pembangunan kompetensi warga perkhidmatan awam serta kefahaman mengenai peraturan-peraturan Kerajaan. Diantara lain keperluan lulus peperiksaan yang disebutkan diatas adalah untuk kenaikan pangkat serta penetapan jawatan. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi exam.hrsu@psd.gov.bn

---

There are seven (7) Civil Services Examination altogether conducted by the Public Service Department, namely: General Orders, Financial Regulations, General Laws of Negara Brunei Darussalam, Constitution of Negara Brunei Darussalam, Malay Islamic Monarchy, Secretarial Services and Clerical Exam (in collaboration with Ministry of Education).

The examination aims to further enhance the competency development of civil servants and understanding of government regulations. The requirement to pass the above–mentioned examinations are also for the purpose of promotions and appointments.

For any enquiries or concerns, please contact exam.hrsu@psd.gov.bn

#JPA50 #50FactsFor50Years

32​



Fact #32

Kaedah Kenaikan Pangkat Laluan Laju (KPLL) telah diwujudkan sejak tahun 2012 dan dikemaskinikan pada 20 November 2020 sebagai kaedah berbentuk 'fast track' bagi pegawai-pegawai dalam Bahagian II ke atas yang dikategorikan outstanding, berpotensi, berkualiti, future-ready dan bersesuaian berdasarkan merit.

Pegawai yang berkelayakan untuk disokong menggunakan kaedah ini adalah dikehendaki untuk memenuhi beberapa syarat, termasuk:

1) Tempoh Perkhidmatan

2) Tempoh Memangku

3) Kaedah Penilaian yang menggunakan Sistem Wajaran (Weightage System) dan Multi-Source Feedback.

KPLL adalah sebahagian daripada usaha Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di dalam rancangan penggantian (succession planning) pegawai-pegawai di dalam perkhidmatan awam.

 maklumat lanjut, sila rujuk kepada Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: 12/2020 (mula berkuatkuasa pada 04 November 2020).

---

Kenaikan Pangkat Laluan Laju (KPLL) is a fast-track mechanism for officers from Division II and above who are considered outstanding, high potential, high quality, future-ready and appropriate based on merit.

Eligible officers may be considered in KPLL are required to fulfill a number of pre-requisites, including:

  1. Length / duration of service

  2. Length of acting

Assessment using weightage system and multi-source feedback system.

KPLL is among the efforts undertaken by the Public Service Department (PSD) towards succession planning for officers in the civil service.
 
For more information, please refer to the Prime Minister's Office Circular No: 12/2020 (which has been in effect since 4th November 2020).

#JPA50 #50FactsFor50Years

​33



Fact #33

Program-Program Pembangunan Eksekutif Perkhidmatan Awam yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai program flagship dibawah  program Civil Service Leadership Pipeline (CSLP) adalah bertujuan untuk mengasah dan meningkatkan keupayaan pegawai-pegawai Kerajaan yang berpotensi untuk memegang jawatan yang lebih kanan termasuk Ketua Jabatan.

Program Pembangunan Eksekutif Peringkat Pertengahan (EDPMMO) adalah bagi pegawai-pegawai dalam Leadership Pool ES 2.2 (bagi pegawai-pegawai dalam tangga gaji B2/B2EB3 atau yang sebanding, tetapi yang berkhidmat tiga (3) tahun atau lebih) dan ES 2.3 (bagi pegawai-pegawai kanan dalam tangga gaji B3 atau yang sebanding). Fokus dan tujuannya adalah untuk membangun keupayaan pegawai-pegawai pengurusan pertengahan dalam memimpin pasukan dan memajukan mereka ke tahap pengurusan yang lebih tinggi.

Program Pembangunan Eksekutif Peringkat Kanan (EDPSGO) adalah program untuk Leadership Pool ES 1 (bagi Kumpulan 3/2/1 atau yang sebanding). Pool tersebut memfokuskan kepada peningkatan keupayaan pegawai-pegawai kanan kerajaan dalam memimpin organisasi. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kapasiti kepimpinan dan kewibawaan pegawai-pegawai berkenaan sebagai penjana, penggerak dan penyampai Perkhidmatan Awam.

 

----

The Executive Development Programs, flagship programs under the Civil Service Leadership Pipeline (CSLP), conducted by the Public Service Department (PSD), under the Civil Service Leadership Pipeline (CSLP) program,  are aimed at nurturing and training high-potential Government officers to hold more senior positions, including as Heads of Department.

The Executive Development Programme for Middle Management Officers (EDPMMO) is for officers in Leadership Pool ES 2.2 (for officers in the B2/B2EB3 pay scale or equivalent, but who have served three (3) years or more) and ES 2.3 (for senior officers in the B3 pay scale) or comparable). The focus and purpose of this program is to develop the abilities of middle management officers in leading teams and advancing them to higher levels of management.

The Executive Development Programme for Middle Management Officers (EDPSGO) is a program for Leadership Pool ES 1 (for Group 3/2/1 or equivalent). The pool focuses on enhancing the capacity of senior government officials in leading the organisation. Its purpose is to enhance the leadership capacity and credibility of the officers concerned as generators, transmitters and deliverers of Public Service.

#JPA50 #50FactsFor50Years


34​



Fact #34

Program Eksekutif Muda (YEP) adalah program khusus yang dibentuk bagi pegawai-pegawai dalam Leadership Pool ES 2.1 di bawah Civil Service Leadership Pipeline (CSLP) (iaitu pegawai-pegawai Kerajaan dalam tangga gaji B2/B2EB3 atau yang sebanding yang berkhidmat di bawah dua (2) tahun).

Ia memberi tumpuan kepada pembangunan kepimpinan diri yang bertujuan untuk memberi pengetahuan, kemahiran, nilai kerja dan etika sebagai asas untuk memulakan kerjaya.

Pemilihan untuk kemasukan dalam Leadership Pool ES 2.1 dinilai oleh penilai yang diperakui dan pemilihan berkenaan merangkumi tiga (3) peringkat tapisan iaitu ujian kompetensi dan personaliti; temu duga; dan ujian kepimpinan dan penyelesaian masalah (problem solving).

Perbezaan diantara pemilihan bagi program YEP dan Program-Program Pembangunan Eksekutif (EDP) adalah pencalonan bagi EDP dipilih oleh Kementerian-Kementerian melalui pencalonan kemasukan CSLP. Manakala, kemasukan YEP dipilih sendiri oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

 

---

The Young Executive Program (YEP) is a program specifically designed for officers in Leadership Pool ES 2.1 under the Civil Service Leadership Pipeline (CSLP) (government officials in B2/B2EB3 pay scale or equivalent and who have served below two (2) years).

It focuses on the development of self-leadership that aims to provide knowledge, skills, work values and ethics as a foundation for starting a career.

Selection for admission into the Leadership Pool ES 2.1 is assessed by certified assessors and the assessments are conducted in three (3) stages, which consist of competency and personality tests; interview; and leadership and problem-solving assessments.

The difference between admission to the YEP and Executive Development Programs (EDPs) is that nominations for EDPs are selected by the Ministries through CSLP admission nominations. Meanwhile, YEP admission is selected by the Public Service Department (PSD) itself.

 

#JPA50 #50FactsFor50Years


​35


(Click to Enlarge)

Fact #35

Pada tahun 1970an, Kerajaan telah menjalankan inisiatif "mem-Brunei-kan" untuk meningkatkan jumlah anak tempatan dalam perkhidmatan awam, termasuk yang memegang jawatan sebagai pegawai-pegawai kanan. Menjelang kemerdekaan, kebanyakan jawatan-jawatan ini telah diisikan oleh anak-anak tempatan. Contohnya, YM Dato Setia Awang Hj Abdul Rahman bin Dato Setia Awang Hj Mohd. Taib (sekarang beliau bergelar Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, sebagai Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara) menjadi Pengarah Perjawatan pada tahun 1975 (pada ketika itu masih jawatan Pegawai Perjawatan) setelah pengarahnya Pehin Orang Kaya Dato Setia Diraja Dato W. I. Glass menamatkan tempoh perkhidmatannya.

Sejak itu, Jabatan Perkhidmatan Awam telah diketuai oleh 17 orang Pengarah atau Ketua Pengarah.

--

In the 1970s, the Government of Brunei Darussalam intensified a "Bruneianisation" initiative to increase locals in the public service, including those serving as senior officers. The initiative was implemented so that the administration could be carried out entirely by locals and eliminating dependency on foreign officers. Many of these positions had been filled by locals as Brunei gained its independence. This included the appointment of YM Dato Setia Awang Hj Abdul Rahman bin Dato Setia Awang Hj Mohd. Taib (now Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Speaker of the Legislative Council) as Director of Establishment in 1975 (previously the position still bore the title of Establishment Officer) after Pehin Orang Kaya Dato Setia Diraja Dato W. I. Glass retired.

Since then, the Public Service Department has seen 17 heads of organisation (either Director or Director-General).


#JPA50 #50FactsFor50Years


​36



Fact #36

Kini, pelantikan untuk pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada:

1) Perkhidmatan Tetap

2) Perkhidmatan Kontrak, bagi pegawai tempatan atau luar negeri yang diambil berkhidmat secara perjanjian selama 1, 2 atau 3 tahun bagi pegawai tempatan dan 2 atau 3 tahun bagi pegawai luar negeri

3) Perkhidmatan Sebulan ke Sebulan

4) Perkhidmatan Bergaji Hari

5) Perkhidmatan "Open-Vote", bagi pekerja secara Bergaji Hari yang berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun dalam perkhidmatan bergaji hari dan disokong untuk dilantik ke dalam perkhidmatan bergaji bulan secara " Open Vote" (dibawah peruntukan berulang-ulang)

Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam memainkan peranan dalam perancangan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia berkaitan dengan pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam di bawah semua jenis lantikan.

 

---

Currently, *civil service appointments comprise of:

1) Permanent appointments 

2) Contractual appointments, for local or foreign officers taken on contract periods of 1, 2 or 3 years for locals, and 2 or 3 years for foreigners.

3) Month-to-Month appointments

4) Daily Paid appointments

5) "Open-Vote" appointments, for Daily Paid staff serving for at least 5 years and supported to be appointed as monthly-paid "Open-Vote" staff (under recurring annual expenses)*

The Public Service Department plays a role in the HR planning, management and development of civil servants under all types of appointment.

#JPA50 #50FactsFor50Years

37



Fact #37

Setiap warga perkhidmatan awam adalah bertanggungjawab mentaati semua peraturan dan arahan Kerajaan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa. Peraturan-Peraturan Pegawai-Pegawai Kerajaan (Kelakuan dan Tatatertib) Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Penggal 83 dan arahan berkaitan dengannya dihasratkan untuk mewujudkan warga perkhidmatan awam yang bersih, jujur, cekap dan amanah selaras dengan rukun akhlak dan etika kerja perkhidmatan awam.

Penguasa Tatatertib bagi para pegawai dan kakitangan Kerajaan adalah seperti berikut:

  • Bagi Bahagian I hingga V: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menjalankan kuasa menurut sokongan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), yang juga berperanan untuk menasihati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai tatatertib seseorang penjawat awam. Laporan dan sokongan yang dihadapkan ke SPA adalah melalui Jabatan Perkhidmatan Awam. 

  • Bagi pekerja bergaji hari: Ketua Jabatan

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA): http://www.jpa.gov.bn

---

All civil servants are required to abide by all Government regulations and directions in force at the time. The Public Officers (Conduct and Discipline) Regulations under the Public Service Commission Act, CAP 83 and related directions are intended to develop fair, honest, effective and trustworthy civil servants embodying the morals and ethics of the civil service.

The respective Disciplinary Authorities for Government employees are as follows:

  • For Divisions I to V: His Majesty Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam who exercise powers in accordance to the recommendation of the Public Service Commission (PSC), which also plays a role in advising His Majesty regarding disciplinary action related to civil servants. Reports and proposals are submitted to the PSC via the Public Service Department.

  • For Daily Paid workers: Department Head 

For more information, please visit the Public Service Department's (PSD's) website: http://www.jpa.gov.bn

#JPA50 #50FactsFor50Years

​38



Fact #38

Aplikasi "G.O. on the Go" yang telah dilancarkan pada bulan Julai 2020 dihasratkan agar dapat memudahkan warga Perkhidmatan Awam untuk menjadikannya sebagai sumber rujukan dan panduan dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pihak-pihak yang berkepentingan.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berharap aplikasi ini akan dapat menyebarluaskan lagi pengetahuan dan kefahaman mengenai Peraturan-Peraturan Am /Perkhidmatan dan Hal Ehwal Pengurusan dalam Perkhidmatan Awam kepada warga Perkhidmatan Awam dan juga pihak-pihak berkepentingan.

Maklumat-maklumat penting seperti hal ehwal personel, faedah-faedah perkhidmatan, perkembangan kerjaya, hal ehwal kelakuan dan tatatertib, pengurusan dan pentadbiran am serta kaedah pengurusan boleh diperoleh melalui aplikasi ini. Selain itu, pengguna juga akan dapat memperoleh maklumat-maklumat berkenaan melalui kaedah soalan-soalan lazim (FAQ), contoh kertas-kertas peperiksaan dan kuiz.

Aplikasi G.O. on the Go ini boleh didapati dalam versi Android dan iOS.

---

The "G.O. on the GO" application was launched in July 2020. It acts as guidance and reference for civil servants towards providing excellent and quality services to the general public and relevant stakeholders.

The Public Service Department (PSD) hopes that this application will increase the knowledge and understanding among civil servants and other relevant stakeholders on the General Regulations / Service and Management matters in the Civil Service.

Key Information such as personnel affairs, services benefits, career development, disciplinary affairs, management, administration and management approach can be obtained through this application. The users may also access information on the Frequently Ask Question (FAQ), examples of exam and quiz papers through the application.

This application is available both in iOS and Android versions. 

#JPA50 #50FactsFor50Years

​39



Fact #39

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terus menerajui usaha-usaha untuk menerapkan sikap dan nilai positif di semua kalangan warga perkhidmatan awam, yang mana bertujuan untuk mendukung keberkesanan pelaksanaan pentadbiran dan pengurusan kerajaan. Ini termasuk inisiatif-inisiatif ke arah mewujudkan budaya kerja yang cemerlang dimana penyebaran etika kerja dan nilai-nilai murni dilaksanakan melalui pelbagai pendekatan, seperti seminar, kaunseling dan latihan-latihan. 

Bagi memberikan panduan tingkahlaku kepada setiap warga perkhidmatan awam, buku "Rukun Akhlak dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam" telah diperkenalkan pada Oktober 1996.

Ia telah mengenal pasti 11 ciri-ciri  teras. Pengamalan ciri-ciri ini bertujuan untuk menyumbang kepada pemikiran yang betul yang akan memberi penekanan kepada kerja berkumpulan, yang akhirnya akan meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai.

---

The Public Service Department (PSD) continues to drive efforts to instil positive attitude and values among the civil service, which are intended to complement the effective implementation and management of the government administration. This initiative 

is vital towards creating a culture of excellence whereby work ethics and moral values are fortified through a variety of approaches, such as seminars, counselling and training. 

As a guide for all in the civil service, the book "Morals and Ethics in the Civil Service" was introduced in October 1996. It identified 11 sets of core values. When observed and practiced, these core values are intended to bring about the right mindset with emphasis on teamwork, which will eventually enhance the quality of services rendered to the public. 

#JPA50 #50FactsFor50Years

40​



Fact #40

Unit Perkhidmatan Kaunseling (UPK) telah ditubuhkan dibawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 5 Ogos 2004 melalui Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bilangan 10/2004, dan kemudiannya dinaiktaraf kepada Bahagian Perkhidmatan Kaunseling (BPK) pada 1 April 2009.

Bahagian ini memberi dokongan kepada semua warga perkhidmatan awam seperti berikut:

1) Memberikan perkhidmatan kaunseling dan nasihat bagi membantu pegawai dan kakitangan awam untuk meningkatkan produktiviti dan kesedaran serta merancang kemajuan kerjaya;

2) Memberikan perkhidmatan kaunseling dan nasihat kepada pegawai dan kakitangan awam yang mempunyai masalah-masalah dan yang diambil tindakan tatatertib; dan

3) Menyediakan kursus dan perkhidmatan kaunseling kepada pegawai dan kakitangan awam yang akan meninggalkan perkhidmatan awam atas sebab-sebab persaraan wajib.

Telefon Hotline BPK 2457563 (semasa waktu bekerja) disediakan bagi orang ramai untuk berbincang isu yang berkaitan dengan hal ehwal kaunseling atau kerja. Segala maklumat yang dikongsikan adalah dipelihara kerahsiaannya menurut Etika Kaunseling.

---

The Counseling Services Unit was established under the Public Service Department (PSD) on 5th August 2004 through the issuance of the Prime Minister's Office Circular No. 10/2004, and later updated to the Counseling Services Section (BPK) on 1 April 2009.

The Section provides the following support to all civil servants:

1) Counseling services and advice to help civil servants improve productivity, awareness and plan their career development;

2) Counseling services and advice for civil servants facing problems and also those undergoing disciplinary intervention; and

3) Conducting courses and counseling services for retiring civil servants.

The BPK hotline 2457563 (during working hours) has been provided to discuss issues related to counseling or work. Any information shared is treated with utmost confidentiality according to Counseling Ethics.

#JPA50 #50FactsFor50Years