- Hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan kasut khusus untuk bermain skuasy.
- Tidak boleh membawa orang luar masuk ke dalam bilik skuasy tanpa kebenaran pihak Pengurusan KPA kecuali dua orang tetamu. (Nota: peraturan dua orang tetamu akan ditiadakan jika Kelab telah diberikan kebenaran mengenakan bayaran kepada bukan ahli).
- Selalu menjaga kebersihan gelanggang dan bilik skuasy.
- Ahli-ahli diminta untuk memeriksa keadaan raket skuasy sebelum menggunakannya.
- Ahli diminta memeriksa sekitar lantai dan dinding gelanggag skuasy. Sila laporkan kepada pihak Pengurusan atau Pengawal Keselamatan yang bertugas pada hari tersebut jika mendapati kerosakan atau kehilangan peralatan.
- Dilarang minum dan makan di dalam gelanggang skuasy.
- Dilarang meletakkan alat-alat seperti telefon bimbit, dompet dan kunci di atas lantai gelanggang skuasy.
- Dilarang menggantung atau menyidai tuala, sapu tangan dan sebagainya di atas kaca penghadang gelanggang skuasy.
- Dilarang mengenakan/memakai atau membawa barangan kemas atau berharga apabila menggunakan kemudahan berkenaan.
- Pengguna hendaklah sentiasa mematuhi peraturan ini.
- Ahli adalah disaran untuk bertolak ansur dalam hal pengunaan gelanggang dengan ahli yang lain.
- Pihak Pengurusan atau Pengawal Keselamatan boleh memberhentikan permainan jika berlaku sebarang perlanggaran peraturan.
- Tutup suis lampu dan lain-lain suis sebelum meninggalkan gelanggang skuasy.
- Ahli boleh dikenakan ganti rugi pada kadar yang ditentukan dan diluluskan jika berlaku kerosakan atau kehilangan harta benda (peralatan sukan, perabot, barangan elektrikal & mekanikal) atas sebab kecuaian sendiri atau ahli keluarga.
- Kelab Perkhidmatan Awam tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan ganti rugi terhadap kecederaan, kecelakaan dan kehilangan harta benda atau seumpamanya semasa berada di dalam kawasan kawasan kelab.
- Peraturan ini akan sentiasa dikemaskini dari masa kesemasa.
|