Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSebulan Ke Sebulan
Power by IT & E-Government,
Prime Minister's Office

Sebulan Ke Sebulan


​Hubungi Kami
​Tel : 2382469
Fax : 2383013
e-mel : info.psd@psd.gov.bn


PENYAMBUNGAN PERKHIDMATAN SEBULAN KE SEBULAN   

  1. Perkhidmatan Sebulan Ke Sebulan (SKS) "Tidak Berhad" mencakupi pegawai/kakitangan berikut:

    i. Pegawai perempuan bukan graduan yang berkahwin di dalam Bahagian II dan ke atas;
    ii. Pegawai/kakitangan perempuan yang berkahwin di dalam Bahagian-Bahagian III, IV dan V;
    iii. Pegawai/kakitangan terdiri daripada Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam.
    Istilah "Tidak Berhad" dengan pengertian penyambungan SKS secara automatic diubah kepada “Tempoh Dibaharui Dengan Sendirinya” – TDDS.


  2. Perkhidmatan SKS "Berhad" masih diteruskan. Penyambungan SKS bertempoh bagi tujuan pengawasan tertentu dikenakan kepada pegawai/kakitangan berikut:

    i. Pegawai/kakitangan lelaki dan perempuan yang diambil berkhidmat semu!a selepas bersara cukup umur 55 tahun diberikan SKS satu (1) tahun;

    ii. Pesara bekas askar/polis/wader:
    a. Pegawai/kakitangan berumur 55 tahun ke atas diberikan SKS satu (1) tahun;
    b. Pegawai/kakitangan belum mencapai umur 55 tahun di berikan SKS tidak melebihi lima (5) tahun.

    iii.Pegawai/kakitangan perempuan yang berkahwin yang belum lulus peperiksaan yang dipersyaratkan diberikan SKS satu (1) tahun atau tempoh bersesuaian yang melebihi satu (I) tahun yang dapat menepati objektif pengawasan;

    iv. Pegawai lelaki/perempuan Iuar negeri yang isteri/suami berkhidmat secara kontrak dengan Kerajaan boleh diberikan SKS sehingga akhir kontrak atau mengikut sokongan bagi satu tempoh yang kurang dari tempoh kontrak suami/isteri.
    Pegawai perempuan Iuar negeri yang suaminya bekerja di Negara ini bukan dengan Kerajaan diberikan SKS satu (1) tahun.
    Penyambungan diperbaharui setiap tahun atau menurut tempoh SKS.
    Istilah "Berhad" yang bermaksud penyambungan bertempoh diubah kepada "Tempoh Dibaharui Dengan Permohonan” - TDDP.


  3. Tatacara Pelaksanaan

    i. Semua permohonan BAHARU Perkhidmatan SKS-TDDS dan TDDP untuk dihadapkan seperti biasa untuk pertimbangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;

    ii. Sokongan penyambungan SKS-TDDP untuk dihadapkan seperti biasa untuk pertimbangan Suruhanjaya Pekhidmatan Awam empat (4) bulan sebelum tempoh SKS mansuh;

    iii. Sokongan Kementerian/Jabatan untuk tidak meneruskan Perkhidmatan SKS-TDDS atau TDDP dihadapkan untuk pertimbangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;

    iv. Kementerian/Jabatan untuk menghadapkan rekod pengemaskinian berkala mengenai pegawai/kakitangan SKS¬-TDDS.
    Peraturan ini semata-mata untuk memperkesankan pentadbiran penyambungan SKS tanpa melibatkan perubahan kepada status SKS sebagai perkhidmatan sementara dan dasar utama Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai kepentingan pemegang-pemegangnya.

    Peraturan ini mula berkuatkuasa 1 Februari 2006.

    Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini bolehlah ditujukan kepada:

    Pengarah Keanggotaan dan Pentadbiran Latihan,

    Jabatan Perkhidmatan Awam, Tingkat 6, 

    Simpang 156, Jalan Kumbang Pasang

    Bandar Seri Begawan, BA 1311

    Negara Brunei Darussalam


    Tel: +673 2382469
    Fax: +673 2383013